web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Bersih Pokok Tumbang Masih Berjalan - DBKL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 12:17PM

Antara kereta yang rosak ditimpa pokok dalam insiden di UM Sabtu lalu - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerja- kerja pembersihan di semua lokasi kejadian pokok tumbang di ibu negara Sabtu lepas masih lagi dijalankan.

Jurucakap Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, lokasi terlibat ialah beberapa kawasan di bawah Parlimen Seputeh dan Lembah Pantai.

Menurut beliau, semua kerja pembersihan itu digerakkan oleh Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi serta Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar. 

“Berikut merupakan lokasi yang dilaporkan telah berlaku kejadian pokok tumbang iaitu Jalan Sepadu 6 dan Jalan Dato Haji Yusof di Taman Tan Yew Lai, Jalan Riang (Taman Gembira) dan Lorong Taman Pantai 4.

“Selain itu (kerja pembersihan juga dilakukan di) Jalan Bukit Pantai, Lorong Pantai 3, 89, Jalan Chenderai, Jalan Awan Sari di Taman Yarl, Jalan 9A (Taman Yew Lai), Jalan Pantai Murni 1 dan Jalan Tempinis,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak memperincikan jangkaan semua kerja tersebut selesai dilakukan.

Sabtu lalu, beberapa lokasi di sekitar ibu negara sekali lagi berdepan kejadian pokok tumbang, susulan hujan lebat dan ribut.

Sama seperti beberapa insiden terdahulu, bencana kali ini turut mendatangkan kerosakan harta benda, apabila beberapa kediaman dan kenderaan dilaporkan terjejas.

Turut berdepan masalah sama ialah 25 peniaga di Medan Selera SS2, Petaling Jaya yang mengalami kerugian besar apabila gerai mereka musnah sepenuhnya ditimpa pokok.

Universiti Malaya (UM) pula berdepan kerugian lebih RM1 juta selepas mengalami kerosakan ke atas beberapa infrastruktur, juga akibat insiden pokok tumbang.

Pada 7 Mei lalu, seorang pemandu peribadi, Md Rizal Atan, 47, maut di tempat kejadian dalam insiden pokok tumbang di hadapan Hotel Shangri-la, Jalan Sultan Ismail di sini.

Kejadian berkenaan turut mencederakan seorang pemandu e-Hailing dan penumpangnya yang merupakan wanita warga emas dari Sweden. - Getaran, 31 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: DBKL Perlu Tingkat Usaha Penyelenggaraan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran