web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TMJ Dakwa Selangor FC Pura-Pura Jadi Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 9:50PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ mendakwa Selangor FC sering berpura-pura menjadi mangsa bagi menutup kegagalan sendiri.

Dakwaan itu dikeluarkan di media sosial selepas rumah pemain pertahanan pasukan itu, Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk dua hari lepas.

Tunku Ismail juga mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengada-adakan cerita, malah mempersoalkan apakah tindakan seterusnya yang akan diambil untuk menutup kesalahannya sebelum ini.

"Confirm ni semua kerja TMJ dengan JDT. Mastermind dan tangan ghaib. Next apa pulak Dr Johan?

"Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja RM47 juta duit kerajaan/rakyat setiap tahun mesti pandai buat cerita," tulisnya dalam satu ruangan komen di akaun Instagram Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam berkait kes rumah Ahmad Khuzaimi dipecah masuk.

Tunku Ismail berkata Selangor FC kini boleh menyalahkan dirinya atau satu lagi "konspirasi besar" susulan insiden-insiden yang menimpa pemain pasukan itu.

"Semua salah TMJ, FAM, MFL dan PDRM, diri sendiri tak pernah salah. 'False flag'," sindirnya.

Rabu lalu, rumah Ahmad Khuzaimi dipecah masuk ketika beliau sedang menjalani latihan bola sepak di Shah Alam. Ahli keluarganya tiada di rumah ketika kejadian.

Suspek melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R, empat beg silang pelbagai jenama dan sebuah pasport.

Sebelum itu pada 5 Mei lalu pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, sehingga membataskan pergerakan dan percakapannya.

Dalam satu temubual ekslusif bersama Malaysiakini baru-baru ini, Johan mendakwa beliau  dan pegawai Selangor FC yang lain menerima amaran bahawa mereka mungkin menjadi sasaran seterusnya. – The Vibes, 24 Mei, 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad