web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Dahan Disahkan Mati, Hidap CDV

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 4:15PM

Harimau dahan yang berusia dalam lingkungan 7 tahun ini, meninggal dunia dua hari lepas akibat penyakit CDV.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Harimau dahan yang diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas didapati berkeliaran di kawasan perumahan di Bukit Bertam, Selama, Rabu lalu disahkan mati, dua hari lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, doktor veterinar mengesahkan harimau dahan atau nama saintifiknya ‘clouded leopard' itu mati pada jam 12 tengah malam kelmarin, di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

Katanya, ujian dibuat mendapati haiwan dilindungi itu positif Virus Canine Distemper (CDV).

“Untuk kes jangkitan penyakit CDV ini, haiwan terpaksa ditidurkan kerana ia penyakit berjangkit.

“Tetapi bagi kes harimau dahan ini, penyakit berkenaan terlebih dahulu meragut nyawa haiwan terbabit sebelum sempat proses itu dilakukan," katanya kepada Getaran.

Yusof berkata, doktor veterinar mengesahkan bahawa jangkitan virus itu berpunca daripada bawaan binatang domestik seperti anjing dan kucing.

Katanya, harimau berkenaan juga tidak tercekik, walaupun dilihat dalam video itu seperti cuba memuntahkan sesuatu.

Getaran Rabu lalu melaporkan, harimau dahan itu berjaya diselamatkan Perhilitan selepas didapati berkeliaran di kawasan rumah penduduk.

Harimau dianggarkan berusia lingkungan tujuh hingga lapan tahun itu kemudiannya dibawa ke NWRC untuk menerima rawatan dan pemerhatian awal mendapati ia seperti tercekik sesuatu. - Getaran, 5 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad