Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:05AM

Bangkai helikopter yang terhempas di Kompleks Sukan TLDM Lumut. - gambar BERNAMA

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan supaya program sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 dibatalkan.

Facebook Selangor Royal Office, dalam satu kenyataan media malam tadi memaklumkan, ia sebaliknya digantikan dengan majlis bacaan surah Yasin dan tahlil di Masjid An-Nur di Pangkalan TLDM Lumut.

Program sambutan itu dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

“DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-90 yang sepatutnya berlangsung bermula Jumaat ini (26 April 2024), dibatalkan.

“Ia susulan tragedi nahas dua buah helikopter semasa Raptai Perbarisan pagi tadi di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, yang telah mengorbankan nyawa 10 anggota TLDM.

“Sebaliknya, satu majlis bacaan yasin dan tahlil doa selamat akan diadakan bertempat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut sebelum Solat Jumaat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan sama menyebut, baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM, dijangka turut berangkat ke majlis bacaan surah Yasin serta tahlil berkenaan.

Terdahulu, baginda meluahkan perasaan dukacita susulan tragedi yang berlaku pagi semalam di pangkalan berkenaan.

Sementara itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, turut menitahkan semua masjid di negeri itu untuk mengadakan solat jenazah ghaib.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya, dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

Beliau berkata, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita baginda.

"Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.

"Tragedi terbabit berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban," kenyataan itu menyebut.

Negara semalam dikejutkan dengan tragedi pertembungan dua helicopter TLDM pada sesi latihan yang diadakan di Pangkalan TLDM Lumut.

Seramai 10 anggota dan pegawai TLDM disahkan terkorban oleh Unit Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, membabitkan tujuh daripada mangsa adalah kru pesawat jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM), manakala tiga lagi mangsa adalah kru dari pesawat jenis FENNEC TLDM.

Susulan tragedi itu, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Getaran, 24 April 2024

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 20 jam yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi