web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 8:10PM

Ahdul Latif menunjukkan foto Allahyarham Noor Rahiza (duduk, kiri) sewaktu ditemui di kediamannya - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - "Abang mai (datang) Perak, mai Perak, Ija jatuh helikopter...Mayat cari tak jumpa...".

Dalam nada sebak, itu antara kata-kata yang sempat dilafazkan suami arwah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, Azinor Azizan kepada abang iparnya, Abdul Latif Anuar, 46 menerusi panggilan telefon pagi tadi. 

Abdul Latif Anuar - gambar Rafisqi Radhi
Abdul Latif Anuar - gambar Rafisqi Radhi

Menurut Abdul Latif, dia benar-benar terkejut apabila menerima panggilan dari adik iparnya itu, namun tidak dapat bertolak ke Perak kerana perlu menjaga isterinya yang menghidap penyakit angin ahmar. 

"Saya lantas menghubungi dua adik lelaki serta bapa dan emak saudara untuk meminta mereka ke Perak," katanya ketika ditemui media di rumahnya dekat Perumahan Awam 2, Pantai Murni di sini. 

Allahyarham Noor Rahiza (duduk, kiri) bersama ahli keluarganya
Allahyarham Noor Rahiza (duduk, kiri) bersama ahli keluarganya

Mengulas mengenai sambutan Aidilfitri baru-baru ini, beliau berkata, Allahyarham Noor Rahiza atau lebih mesra dikenali sebagai Ija dilihat cukup bersemangat membuat persiapan dan sentiasa membuat video untuk dikongsi bersama ahli keluarga mereka. 

"Tahun-tahun sebelum ini, tidaklah dia buat video tetapi kali ini, dia cukup bersemangat. Banyak video yang dihasilkan termasuk ketika bersalam-salaman pada pagi Aidilfitri. 

"Langsir-langsir di rumah pun semuanya dia uruskan. Tak sangka, semua itu termasuk video yang dihasilkan akhirnya menjadi kenangan buat kami," katanya, sebak. 

Abdul Latif memberitahu, Noor Rahiza yang merupakan anak ketiga dari lima beradik sememangnya menunjukkan minat yang tinggi untuk menyertai TLDM. 

Abdul Latif melihat video yang dirakam Allahyarham Noor Rahiza ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini - gambar Rafisqi Radhi
Abdul Latif melihat video yang dirakam Allahyarham Noor Rahiza ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini - gambar Rafisqi Radhi

"Dia beberapa kali gagal dalam temuduga tetapi tidak pernah berputus asa hingga akhirnya diterima menyertai badan beruniform itu. Orangnya sentiasa ceria dan suka melawak. 

"Beberapa hari lepas saya hendak hubungi orang lain tetapi terdail nombornya. Apabila saya maklumkan tersilap dail, dia seperti biasa berjenaka kononnya menyangka saya menelefonnya untuk memberikan harta," katanya yang masih mampu bertenang walaupun sedang bersedih.

Jelas beliau, jenazah Noor Rahiza akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Kampung Ruat dekat sini sebaik sahaja prosedur berkaitan termasuk proses bedah siasat selesai dilaksanakan. - Getaran, 23 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad