web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 12:41PM

Anggota penyelamat mencari mangsa terbabit dalam nahas membabitkan dua helikopter TLDM. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan terkorban selepas dua helikopter yang dalam sesi latihan bertembung dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Unit Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, dalam satu kenyataan media, memaklumkan, tujuh daripada mangsa adalah kru pesawat jenis Helikopter Operasi Maritim, manakala tiga lagi mangsa adalah kru dari pesawat jenis FENNEC TLDM.

Kenyataan itu menyebut, kejadian berlaku pada raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata kenyataan itu.

Susulan tragedi itu, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pada masa sama, TLDM juga memohon untuk orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Sementara itu, maklumat sumber menyatakan, kedua-dua helikopter itu dalam sesi latihan raptai untuk Hari TLDM ke-90 dijadualkan pada 3 dan 5 Mei ini.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua-dua pesawat yang berlepas dari Padang Setiawan pada jam 9.03 pagi.

Kedua-dua pesawat itu dipercayai sebahagian daripada enam pesawat yang terbabit dengan latihan berkenaan.

Pesawat jenis HOM dikatakan terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM Lumut manakala pesawat jenis FENNEC TLDM terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Sejurus kejadian, pasukan Bomba dan Penyelamat, 96 HAT dan Protela dikejarkan ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

Terdahulu, tersebar di media sosial klip video yang dipercayai dirakamkan individu yang berada di lokasi kejadian menunjukan kemalangan udara berkenaan.

@getaranmy Dua buah helikopter telah bertembung semasa latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90 pada Selasa pagi ini. 10 orang kru dari kedua-dua helikopter yang terlibat telah terkorban - 23 April, 2024 #getaranmy #kemalangan ♬ original sound - Getaran

Sebelum kejadian kelihatan enam pesawat berkenaan terbang dalam satu formasi, sebelum dua daripadanya kelihatan bertembung sesama sendiri dan terjunam.

Dalam perkembangan berkaitan, laman sosial Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan, pasukan Bomba daripada dua balai berhampiran iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Sitiawan digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera jentera bomba, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sebaik dihubungi.

Anggota bomba dan penyelamat mengangkat seorang daripada mangsa nahas helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut. - gambar JBPM
Anggota bomba dan penyelamat mengangkat seorang daripada mangsa nahas helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut. - gambar JBPM

Kenyataan itu menyebut, kesemua 10 mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – Getaran, 23 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad