web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 9:10PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. - gambar FB Anwar Ibrahim

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan berita gembira bagi penjawat awam, menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini.

Beliau yang berkongsikan satu hantaran mengenai perkara itu di media sosialnya, memaklumkan akan mengumumkan cadangan penambahbaikan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan pada tarikh berkenaan.

Katanya, pagi tadi beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang membincangkan secara lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.

“Alhamdulillah, mesyuarat hari ini hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya ingin tegaskan komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

“Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah, dalam membincangkan cadangan berkenaan.

Pada masa sama, beliau berharap supaya inisiatif yang bakal diambil kerajaan itu menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Desakan supaya satu sistem saran baharu untuk penjawat awam sudah disuarakan kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presidennya, Datuk Adnan Mat, sebelum ini dilaporkan berkata, penjawat awam di negara ini amat memerlukan sebuah sistem saraan baharu bagi membantu mereka berdepan peningkatan kos sara hidup.

Beliau yang menyifatkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak 2002, seumpama kerangka 'rumah lama' yang sudah tidak sesuai, berkata, antara faktor yang perlu diteliti bagi sistem baharu itu termasuk kos sara hidup masa kini, struktur jabatan serta skop kerja yang telah berubah dan tahap kelayakan bagi memasuki suatu skim perkhidmatan. – Getaran, 19 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar