web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 4:49PM

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tahun lepas.

Peguam Logen Eskander Abdullah mewakili Wan Muhammad Azri memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa, representasi itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 April.

"Hanya salinan representasi diberikan kepada pihak pendakwaan pagi ini," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan berkata, tiada keputusan berhubung representasi itu, kerana pihaknya baru menerima salinannya pagi tadi.

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan 23 Mei, bagi mengetahui status representasi tersebut. 

Logen Eskander ketika ditemui pemberita berkata kandungan representasi itu, antaranya untuk menggugurkan pertuduhan, namun maklumat terperinci mengenai keseluruhan representasi tidak boleh didedahkan.

"Saya hanya boleh sahkan representasi untuk gugur pertuduhan dihadapi anak guam. Representasi diserahkan kepada AGC oleh pejabat saya melalui kurier pada 5 April," katanya.

Pada 8 Januari, Wan Muhammad Azri, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan, pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook. 

Dia didakwa menghasut di laman Facebook 'Halid Hamidi (Halid Mat Kool)' dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari, 8 November tahun lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar