web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Kes Tembak KLIA Sudah Ditahan - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 4:35PM

Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melarikan diri selepas kejadian, sudah ditahan petang tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Hafizul Hawari, 38 ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut beliau, penahanan lelaki terbabit dibuat di sebuah lokasi sekitar jam 3 petang.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Sabtu lalu, ruang Balai Ketibaan KLIA gempar apabila dua das tembakan dilepaskan di lokasi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek terdahulu tiba di Terminal 1 KLIA dengan sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta bertingkat di Blok C, bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut.

Katanya, sebaik tiba di Balai Ketibaan, suspek kemudian melemparkan mercun yang mencederakan dua orang awam sebelum beliau bertindak nekad menghampiri mangsa iaitu isterinya sendiri.

Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) memegang gambar suspek pada sidang media selepas kejadian - gambar BERNAMA
Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) memegang gambar suspek pada sidang media selepas kejadian - gambar BERNAMA

Jelas Mohd Shuhaily, mangsa memang mendapatkan perkhidmatan pengawal peribadi atas faktor keselamatan.

“(Suspek) melepaskan tembakan (pada) jarak dekat, satu das telah tersasar, satu das mengenai pengawal peribadi itu.

“Mangsa, atau target sebenar dalam insiden ini terselamat dan selepas melepaskan dua das tembakan, suspek melarikan diri ke aras 2 Blok C di mana beliau datang dan meletakkan kereta beliau di situ,” katanya.

Suasana kelam kabut akibat kejadian berkenaan turut dirakam beberapa individu dan dikongsikan melalui media sosial.

Melalui satu video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @zakwanyaakub, kelihatan seorang lelaki berlari, manakala beberapa jemaah umrah melutut dan berlindung di sebalik bagasi di Balai Ketibaan di Terminal 1.

Sementara itu, ibu suspek, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.

Adiknya, Hanif seperti dipetik Berita Harian berkata, Hafizul perlu bertanggungjawab dan menanggung kesan serta hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya. - Getaran, 15 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad