web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaduh Suami Isteri, Lelaki Tertembak Pengawal Peribadi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 8:39AM

Tangkap layar satu klip video sejurus selepas kejadian. Kelihatan beberapa jemaah umrah melutut dan berlindung di sebalik bagasi. - gambar media sosial

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG – Seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan yang dipercayai ditujukan kepada majikannya, dalam satu kejadian awal pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi juga menyebabkan orang awam dan petugas bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan keluar dari bangunan Terminal 1.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kejadian berlaku di Balai Ketibaan di Terminal 1, dan suspek dipercayai melepaskan dua tembakan.

Beliau berkata, satu daripada tembakan berkenaan terkena seorang lelaki tempatan yang juga seorang pengawal peribadi.

"Siasatan lanjut polis dapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ, yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

"Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.

"Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh (dan disiasat) di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api 1960,” katanya dalam satu kenyataan media, pagi ini.

Hussein berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti suspek dalam kejadian berkenaan selain melancarkan operasi untuk mengesan lelaki itu, yang dipercayai sudah melarikan diri ke utara.

Pada masa sama, beliau berkata, kejadian berkenaan tidak membabitkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan kerana ia bersifat peribadi.

“Keadaan d KLIA adalah terkawal dan selamat,” katanya.

Suasana kelam kabut akibat kejadian berkenaan yang berlaku ketika orang awam sedang menunggu ketibaan jemaah umrah atau berada di KLIA atas urusan untuk memulakan perjalanan, turut dirakam beberapa individu dan dikongsikan melalui media sosial.

Melalui satu video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @zakwanyaakub, kelihatan seorang lelaki berlari manakala beberapa jemaah umrah melutut dan berlindung di sekali bagasi di Balai Ketibaan di Terminal 1.

@getaranmy Info kejadian akan dikemaskini. Layari getaran.my untuk lagi berita terkini. Video: Orang Awam #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

Turut kedengaran dalam klip video berdurasi 10 saat itu jeritan dipercayai oleh seorang wanita.

Selain itu, terdapat juga satu rakaman video yang menunjukkan polis membawa keluar seseorang dengan menggunakan pengusung, dipercayai pengawal peribadi yang tertembak itu. – Getaran, 14 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar