web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk Gambar Kaabah Adalah Sejadah Mini Bukan Alas Kaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 9:33PM

Gambar sejadah mini yang disangkakan alas kaki yang tular baru-baru ini. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasar raya, AEON BiG menjelaskan penjualan produk dengan gambar Kaabah bukanlah alas kaki seperti yang ditularkan sebelum ini, tapi sebaliknya ia adalah sejadah mini.

Pasar raya itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata salah faham itu berlaku akibat daripada kesilapan penandaan sistem pengurusan barangan daripada pihak pembekal mini sejadah iaitu A&R Fashion Collection (A&R).

“A&R mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

“Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan,” kata AEON BiG dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, kesilapan tersebut telah diperbetulkan dengan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai “Sejadah” telah pun dicerminkan.

“Kedua-dua pihak pengurusan AEON BiG dan A&R berharap bahawa kenyataan bersama ini akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu ini.

“Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan.

AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan,” katanya.

Menurut AEON BiG, A&R adalah PKS milik 100 peratus Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.

Katanya, syarikat itu ditubuhkan pada 2007 dan menjadi pembekal pasar raya itu sejak 2015.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memaklumkan ia merampas sebanyak 11 alas kaki dikatakan tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah ini, Selasa lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid, dilaporkan berkata tindakan itu dilakukan susulan aduan orang awam.

Beliau berkata, pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

"Tindakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pasar raya itu dibuat sehari sebelum Aidilfiri (Selasa) setelah kita menerima aduan daripada orang awam serta tular di media sosial.

"Hasil pemeriksaan kita dapati ada 11 unit alas kaki gambar Kaabah di pasar raya itu dan sudah dirampas. Setakat ini, pemantauan masih berterusan di seluruh Johor," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, turut mencetuskan kontroversi ialah isu stoking dan tapak kasut yang didakwa menghina agama Islam gara-gara tertera kalimah Allah. - Getaran, 13 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad