web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Siasat Pengendali MyNews Hub Muat Naik Video Lama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 4:24PM

Tangkap layar daripada video simulasi yang ditularkan itu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengendali akaun MyNews Hub sudah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk dirakam percakapan susulan dakwaan memuat naik dan memainkan video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!” yang dilihat berniat jahat dan membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.

“Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, MCMC kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Video tular itu dimuat naik oleh pengendali akaun MyNews Hub semalam yang mendakwa seorang penjawat awam ditahan dan dibawa keluar dari dewan hanya kerana bertanya soalan mengenai kuarters kepada Tan Sri Datuk Mohd Zuki Ali.

Semalam, JPA dalam satu kenyataan ringkas, berkata rakaman video lama itu bertujuan untuk simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif, yang berlangsung di auditorium.

Mohd Zuki menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Negara di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Ogos 2017 sebelum beliau kemudian dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 18 April 2019.

Beliau dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Januari 2020. – Getaran, 13 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar