web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Kemalangan Maut Di Melaka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 5:46PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang anggota polis ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut seorang penunggang motosikal berusia 18tahun di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal di sini pada awal pagi, Rabu lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun dari Balai Polis Durian Tunggal itu ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira 9 pagi tadi.

"Polis masih dalam proses merakam percakapan anggota terbabit dan maklumat awal mendapati ketika kejadian,anggota berkenaan memandu kenderaan polis bersendirian sebelum beberapa anggota lain tiba di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini. 

Beliau berkata, anggota polis terbabit yang berkhidmat di IPD Alor Gajah sejak November 2021 sedang melakukan rondaan cegah lumba haram berdasarkan aduan orang awam ketika kejadian itu.

Menurutnya, sehingga kini, polis telah menerima enam laporan berkaitan kemalangan tersebut selain melakukan tiga rakaman percakapan melibatkan saksi dan ahli keluarga mangsa.

Zainol berkata, ujian saringan air kencing ke atas anggota polis terbabit mendapati dia bebas daripada penyalahgunaan dadah. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian serta polis akan memastikan siasatan kes terbabit dijalankan secara telus dan profesional.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan.

Semalam, media melaporkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan cegah lumba haram. 

Mangsa, Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius selain patah kaki dan peha dalam kejadian 2.56 pagi itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad