web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Warga Pakistan Maut Dirempuh Kereta, Pemandu Positif Ganja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:48AM

Kesemua mangsa dilanggar kereta ini yang dipandu seorang lelaki positif dadah jenis ganja - gambar IPD Hilir Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hajat enam warga Pakistan untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kesemua mangsa sedang berjalan ke masjid berdekatan apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah terbabas dan melanggar pejalan kaki tersebut.

"Hasil siasatan mendapati kereta dipandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar enam pejalan kaki yang melalui bahu jalan tersebut," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya mangsa maut berusia antara 20 hingga 35 tahun manakala tiga lagi yang cedera parah dirawat di Hospital Teluk Intan dengan kesemua mangsa mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya saringan awal air kencing pemandu kereta berkenaan didapati positif dadah jenis ganja dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

Menurutnya pemandu kereta berkenaan bekerja sebagai poembantu kedai makan di kawasan Teluk Intan.

Belia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau 05-612 2222. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad