web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waja Terbabas, Pemandu Tak Meninggal Dunia Tapi Cedera - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 8:16PM

Tangkap layar kamera papan pemuka yang memaparkan Proton Waja itu terbabas sebelum terbalik - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemandu sebuah Proton Waja yang terbabas dan terbalik di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam tidak meninggal dunia seperti dakwaan ramai, sebaliknya hanya mengalami kecederaan.

Mengesahkan perkara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, turut tercedera dalam kejadian ialah penumpang kereta terbabit.

Menurut beliau, rakaman kamera papan pemuka insiden itu turut tular di media sosial.

“Kejadian berlaku pada jam 10.15 pagi dan turut melibatkan kenderaan lain iaktu sebuah Honda City.

“Proton Waja berkenaan setelah disiasat didapati menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh dan sedang dalam perjalanan ke Shah Alam,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Jelas Mohd Nasri, pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an itu cedera di bahagian kepala serta tangan.

Difahamkan, Honda City berkenaan dipandu secara cuai, termasuk dengan menekan brek dan menghimpit, menyebabkan Proton Waja tersebut gagal dikawal dan terbabas.

Mohd Nasri memberitahu, kes disiasat siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  - Getaran, 8 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad