web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Ambil Keterangan Individu Tinggalkan Bagasi Berisi Wang Tunai RM500,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 8:27AM

Datuk Hussein Omar Khan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada 19 Mac lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan sebagai individu yang meletakkan bagasi itu di lokasi itu.

"Berdasarkan keterangan lelaki itu kami percaya dia merupakan individu yang membawa dan tinggalkan bagasi berisi wang itu di parkir pusat beli-belah berkenaan.

"Namun setakat ini, kita belum dapat memastikan motif dia berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-Petugas Polis dan Konsesi Lebuhraya di sini, semalam.

Hussein berkata, lelaki itu bukanlah individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat dan mendakwa wang terbabit adalah miliknya sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan adalah orang dari syarikat yang sama dengan pengarah itu. 

Menurut Hussein, pemeriksaan lanjut terhadap bagasi berkenaan telah menemukan tujuh cap jari dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung pemilik identiti itu.

"Kita sedang siapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata, polis akan memanggil tiga lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang merupakan rakan kepada pengarah syarikat terbabit selepas sambutan Aidilfitri. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar