web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebar Fitnah Tiada Tilawah Al-Quran, MCMC Rakam Keterangan Pemilik Akaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:26AM

Fahmi Fadzil (tengah, berdiri) pada majlis berbuka puasa anjuran MCMC semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan merakam keterangan semua pemilik akaun yang memuat naik hantaran tersusun palsu di media sosial kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MCMC telah mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan pengesanan terhadap mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik mesej terancang seumpama itu bukannya kali pertama berlaku malah dikesan sejak Februari lagi.

"Cukup-cukuplah, tindakan memuat naik hantaran seumpama itu di media sosial adalah satu fitnah sangat jahat kepada kerajaan, agama Islam dan institusi diraja di negara ini.

"Peringatan kepada semua, jangan komen atau buat sebarang kenyataan yang menyentuh isu 3R (perkauman, agama dan raja), berhati-hati kerana kita telah diminta bertindak lebih tegas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguakuasa anjuran MCMC di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert tular sejak beberapa hari lepas.

la bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan semalam yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang.

Beliau berkata Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Oktober depan.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Fahmi berkata ia merupakan satu platform terbaik dalam memperkasa hubungan antara MCMC dan agensi penguatkuasa sekali gus mengukuhkan usaha pelaksanaan undang-undang termasuk berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia. L- BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad