web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Kanan Polis Disyaki Terima Rasuah Sudah Ditukarkan Ke Jabatan Lain

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:12PM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara, sudah ditukarkan ke jabatan lain, sementara menunggu laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pegawai berpangkat DSP yang juga seorang Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

"Kita sahkan bahawa pegawai itu pun telah kembali bertugas dan kita tempatkan dia di tempat lain sementara menunggu apa-apa keputusan siasatan.

"Ketika ini belum ada keputusan SPRM, siasatan masih dijalankan dan polis sedang menunggu keputusan dan laporan penuh daripada SPRM," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas itu melibatkan pelantikan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu, ACP Mohamad Lazim Ismail menggantikan Supt Ashari Abu Samah yang akan bertukar ke IPD Alor Gajah, Melaka.

Rusdi berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman melibatkan pegawai berkenaan.

"Kami lakukan siasatan secara 'parallel'.., siasatan ini kadang-kadang kita tunggu hasil keputusan siasatan SPRM dan kadang-kadang kita akan buat keputusan lebih awal," katanya.

Beliau berkata, pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran