web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Beri Tumpuan Latihan STEM, Tingkatkan Pelaburan Negara - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 1:02PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada latihan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terutama di peringkat tertinggi untuk memastikan pengukuhan serta peningkatan pelaburan asing ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, kecerdasan buatan (Al) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tertinggi. 

"Kita mampu melakukan kalau kita memberi tumpuan dan peruntukan tambahan sepenuhnya (terhadap latihan dalam bidang STEM)," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang antaranya ingin tahu langkah kerajaan untuk memastikan momentum pelaburan yang diperoleh tahun lepas iaitu sebanyak RM329.5 bilion terus meningkat pada tahun yang mendatang.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui bahawa minat golongan pelajar dalam STEM juga merosot dan perkara itu amat membimbangkan.

Bagaimanapun Anwar berkata, Kementerian Pendidikan serta beberapa kumpulan pendidikan lain telah mengambil pelbagai langkah untuk menggesa ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak mereka menceburi pendidikan STEM di peringkat sekolah menengah. 

"Ini sedang diusahakan secara lebih serius lagi," kata Perdana Menteri.

Anwar berkata, selain itu dalam semua perjumpaannya dengan syarikat asing yang berhasrat melabur di Malaysia, beliau sentiasa menekankan kepentingan kewujudan pusat kecemerlangan berkaitan syarikat itu di negara ini bagi menyediakan latihan kemahiran kepada golongan profesional serta pelajar tempatan.

"Mesti ada latihan di sini kerana kita sekarang memang kekurangan jurutera. Jurutera yang kita lahirkan walaupun baik dan diterima baik, masih dianggap ada kekurangan di peringkat yang tertinggi, (dari segi) kemahiran atau ketrampilan peringkat tertinggi.

"Jadi ada jurang tentang niche (bidang) yang diperlukan. Oleh itu penumpuan kepada TVET dan kejuruteraan ini (perlu)diberikan (perhatian)... kalau Malaysia tidak lakukan apa-apa yang segera, yang mendesak, kita akan kerugian.

"Ini kerana tumpuan sekarang bukan lagi low-end industry tetapi high-end industry yang memerlukan kecekapan yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang," kata Perdana Menteri.

Katanya, beliau telah meminta pihak universiti mengadakan Fakulti Al (kecerdasan buatan), dimulakan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang harus menyelaras kegiatan mereka dengan semua universiti yang menjalankan Al bagi memenuhi sebahagian keperluan dalam bidang itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar