web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Petugas Khas Ditubuh Siasat Kematian Pelajar Kolej Vokasional

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 5:11PM

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kematian seorang pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu pada Jumaat lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata, pasukan itu diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Sabah ACP Cyril Edward Nuing bagi memastikan siasatan kes itu dijalankan dengan cepat, profesional, telus dan teratur. 

"Reman 13 individu yang ditahan bagi bantu siasatan akan tamat 29 Mac ini (Jumaat), siasatan mengikut Seksyen 302Kanun Keseksaan. Ada juga beberapa (individu) kita rakam percakapan termasuk warden dan rakan mereka.

"Memang bedah siasat telah dilaksanakan tetapi memandangkan kes ini masih dalam siasatan dan tidak mahu menimbulkan apa-apa spekulasi, pihak polis tidak dapat dedahkan punca kematian berdasarkan hasil bedah siasat itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di lbu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. 

Pada Jumaat lepas, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasionaI di sini dipercayai akibat perselisihan faham antara pelajar. 

Siasatan awal polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca berikutan dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu.

Jauteh juga meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau perkara yang tidak diingini berkaitan kes itu, dan memberikan ruang seluasnya buat polis menyiasat kes itu dengan terperinci.

Beliau berkata, insiden berkenaan diharap dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terutama golongan muda supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara jenayah dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan sebarang isu. 

"Kita kena ulang kali nasihati pelajar dan didik mereka secara berterusan, pihak sekolah melalui pegawai perhubungan sekolah tekankan jangan lakukan jenayah bagi memastikan kejadian ini tidak berulang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad