Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori, Isteri Dan Anak Cedera

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 12:14PM

gambar ihsan orang ramai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Seorang penunggang motosikal maut selepas badannya hancur dipercayai akibat digilis sebuah lori treler dalam kemalangan di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Selatan dekat Napoh di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.45 malam ketika mangsa, 32, menunggang motosikal bersama isterinya yang berusia 31 tahun dan anak mereka berumur lima tahun.

Menurut Rodzi, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu bergerak dalam arah sama iaitu dari arah Changlun menghala ke Jitra.

"Setibanya di lokasi, treler tersebut yang dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun yang ditemani kelindan berusia 45 tahun, telah memintas motosikal dinaiki tiga beranak tersebut.

"Ketika hampir selesai memintas, pemandu treler tersebut menyedari kenderaanya telah melanggar motosikal berkenaan pada bahagian tayar belakang sebelah kiri," katanya.

Susulan kejadian itu, ketiga-tiga individu yang menaiki motosikal tersebut terjatuh dari kenderaan mereka.

"Penunggang motosikal itu maut di lokasi kejadian akibat cedera pada seluruh badan, manakala isterinya cedera pada bahagian kaki dan tangan kanan.

"Anak pasangan itu pula luka di kepala, jari tangan dan kaki kanan. Pemandu dan kelindan lori treler tersebut tidak cedera," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Jitra, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi dibedah siasat.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer selama 30 minit di kedua-dua lorong bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan.

"Kawasan kemalangan itu bukanlah lokasi 'hotspot'. Kawasan itu juga tidak mempunyai laluan kecemasan dengan bahu jalannya tidak berturap. 

"Pihak kami turut mendapat kerjasama dari  agensi sahabat seperti ambulans, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan bomba di lokasi kejadian. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Getaran, 23 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Maut Motosikal Dibonceng Terbabit Nahas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Terbabas Jatuh Gaung, Pemandu Lelaki Maut

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 14 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 19 jam yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar