Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendakwaan Kemuka Bantahan Awal Permohonan Na’imah Cabar Kesahihan Pertuduhan SPRM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 9:06PM

Toh Puan Na'imah Khalid. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan telah mengemukakan  bantahan awal terhadap permohonan Toh Puan Na'imah Khalid untuk mencabar kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)yang dihadapinya.

Menerusi afidavit balasan diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Maziah Mohaide, pendakwaan menegaskan bahawa tiada keperluan Mahkamah Sesyen merujuk persoalan Perlembagaan berhubung pertuduhan itu ke Mahkamah Tinggi kerana permohonan dikemukakan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin itu selaku pemohon tidak mempunyai merit.

"Persoalan yang dibangkitkan oleh Na'imah bukanlah satu isu Perlembagaan dan ia juga tidak melanggar mana-mana perkara dalam Perlembagaan Persekutuan. 

"Hak seseorang untuk dilindungi daripada membabitkan dirinya sendiri dengan suatu kesalahan bukanlah suatu hak mutlak di bawah undang-undang dan ia bukan hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," kata Maziah dalam afidavit itu.

Maziah berkata, Seksyen 36 Akta SPRM 2009 adalah peruntukan yang memberi kuasa kepada pegawai SPRM untuk memperoleh maklumat bagi tujuan siasatan.

"Peruntukan ini tidak melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan diri) kerana apabila pemohon diberikan notis di bawah Seksyen 36, beliau belum ditangkap atau ditahan. Oleh itu isu berlakunya pelanggaran Perkara 5sebelum perbicaraan adalah pramatang," katanya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam M. Puravalen.

Pada 29 Januari lepas Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Na'imah pula didakwa pada 23 Januari atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara llham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 8 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo