Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1 Lagi Pengurusan Kes Rayuan Terhadap Pembebasan Bung Mokhtar, Isteri Pada 26 April

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:55PM

Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie lzette Abdul Samad. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 26 April depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya daripada tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli semasa pengurusan kes hari ini memandangkan rekod rayuan belum disediakan.

Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya Datin Seri Zizie lzette Abdul Samad dibebaskan pada 7 September 2023 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pasangan itu membela diri.

Susulan itu, pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 September tahun lepas. 

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan Zizie lzette membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah.

Ini mendorong mereka memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen. 

Bung Moktar, yang ketika itu adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala isterinya didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - BERNAMA

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran