Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aidilfitri: Subsidi Penerbangan 4 Hari Sebelum Perayaan – Loke

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:51PM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -Tempoh bantuan subsidi penerbangan sempena Hari Raya Aidilfitri ini dilanjutkan empat hari sebelum perayaan iaitu pada 6, 7, 8 dan 9 April, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata, individu yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada empat hari itu tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum itu akan ditanggung kerajaan. 

"Kita fahami keadaan orang ramai yang akan memanfaatkan hujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing jadi kita tambah satu hari iaitu pada 6 April (Sabtu) bagi inisiatif harga maksimum ini.

"Penambahbaikan ini  dijangka  akan  memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta untuk kerajaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 15 Disember lepas, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah melancarkan inisiatif bantuan subsidi sempena musim perayaan untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Di bawah inisiatif itu, kerajaan MADANI akan menanggung kos tiket penerbangan sehala yang melebihi RM599 untuk tiga hari sebelum perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas. 

Penjualan tiket penerbangan itu bermula petang ini.

Loke berkata, MOT menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memudah cara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.

"Strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif iaitu lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga lebih murah," katanya.

Selain penerbangan, Loke berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menyediakan enam perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 4 hingga 15 April bagi beberapa laluan.

Perkhidmatan itu melibatkan dua laluan iaitu KL Sentral-Butterworth-KL Sentral dan KL Sentral-lpoh-KL Sentral.

Tren tambahan ETS tersebut menawarkan sebanyak 1,260 tiket sehari menjadikan keseluruhan tiket tambahan sebanyak 15,120 termasuk tren ekspres, manakala jumlah tiket yang ditawarkan termasuk tren biasa dan tambahan bagi musim perayaan Aidilfitri ialah 135,000 tiket.

Selain itu, KTMB turut menyediakan dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik yang akan beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat, Kelantan dan sebaliknya dengan 952 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan khas itu, khusus bagi mereka yang pulang ke Pantai Timur. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi