Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Murid Tahun 2 Gagal Saman Guru Didakwa Pukul Guna Penyapu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 4:20PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas murid tahun dua di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang, gagal dalam samannya terhadap tiga pihak termasuk seorang bekas guru sekolah itu atas dakwaan memukul menggunakan penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jahitan di kepala.

Ini berikutan, Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nor Rajiah Mat Zin, menolak saman dikemukakan pelajar berkenaan kini berumur 13 tahun yang diwakili bapanya selaku plaintif, terhadap guru wanita berumur 60 tahun, guru besar sekolah sama dan kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama hingga ketiga.

"Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga. Oleh itu, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos RM5,000 dibayar kepada defendan pertama dan RM5,000 kepada defendan kedua serta ketiga," kata hakim itu.

Nor Rajiah berkata, berdasarkan keterangan saksi, plaintif berada di tempat kejadian, namun ia tidak disokong oleh saksi lain yang berada di situ.

"la hanya disokong oleh keterangan saksi plaintif iaitu pegawai penyiasat dan bapa plaintif yang tidak berada di tempat kejadian. Oleh itu, plaintif gagal membuktikan kesnya pada imbangan kebarangkalian," katanya.

Prosiding itu dihadiri peguam, Azmer Md Saad mewakili pelajar itu dan peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Mohd Zali Shaari mewakili guru berkenaan, serta Peguam Kanan Persekutuan, Nur Aifaa Che Abdullah bertindak bagi pihak guru besar dan kerajaan.

Sementara itu, Azmer ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atau esok.

Perbicaraan kes itu bermula tahun lalu dengan tiga saksi plaintif dan lapan saksi defendan memberi keterangan.

Dalam saman difailkan pada 17 Oktober 2022, plaintif ketika itu berumur lapan tahun mendakwa, semasa sesi pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu pada 3 petang, 18 Oktober 2019, dia dan seorang lagi murid nampak guru berkenaan sedang mengejar seorang lagi rakan sekelasnya sambil memegang sebatang penyapu.

Plaintif mendakwa semasa dia dalam perjalanan kembali ke tempat duduk, guru berkenaan secara tiba-tiba memukul kepalanya menggunakan penyapu itu dan dia mengalami kecederaan serta pendarahan yang banyak.

Hasil pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan di Gombak, mendapati dia mengalami kecederaan di bahagian atas kepala dan menerima lima jahitan, serta kepalanya terpaksa dibalut bagi menutup luka.

Susulan itu, bapa plaintif membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 6.45 petang, hari yang sama dan meminta guru itu memberi penjelasan dan guru berkenaan menyatakan bahawa mangsa dipukul kerana tidak berada di tempat duduk, ketika sesi pembelajaran dalam kelas.

Dakwa plaintif, kegagalan kesemua defendan untuk memastikan plaintif dibimbing dengan baik sepanjang berada di sekolah dan berada di dalam keadaan selamat sepanjang masa sesi persekolahan berlangsung, menyebabkan guru berkenaan mendatangkan kecederaan yang dialami plaintif.

Berdasarkan pernyataan pembelaan difailkan defendan pertama (guru) pada 20 Disember 2022, wanita itu mendakwa beliau tidak pernah memukul kepala plaintif atau murid-murid lain menggunakan penyapu atau mana-mana bahagian penyapu.

Guru berkenaan berkata, kecederaan dialami plaintif itu akibat kenakalannya sendiri, yang mana plaintif terhantuk dan terkena bucu kayu (tempat letak kapur) papan hitam lama yang diletakkan papan putih di atasnya, ketika plaintif cuba meloloskan diri dari tempatnya tersekat di antara meja guru dan papan putih. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Sukan 13 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis