Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


APMM Selangor Kenal Pasti, Sekat Laluan Tikus Pendatang Asing Menjelang Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 3:31PM

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh (kiri) menyaksikan majlis penyerahan bungkusan raya daripada Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan (kanan) kepada Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Leftenan Komander Maritim Mohd Asri Zahari sempena Program Jalinan Strategik Operasi Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan Maritim Selangor. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor telah mengenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad, berkata kawasan di utara Selangor, khususnya di sekitar kawasan industri perikanan antara lokasi tumpuan laluan masuk dan keluar secara haram disebabkan kedudukan geografinya yang terbuka dan hampir dengan perairan sempadan.

Beliau berkata, risikan awal mendapati cubaan untuk keluar secara haram melalui lokasi berkenaan telah dikesan berlaku sejak awal Ramadan lagi. 

Katanya, bagi menangani pergerakan keluar masuk itu, APMM Selangor juga telah mendapatkan bantuan dari ibu pejabat untuk membantu dari aspek risikan memandangkan terdapat banyak lokasi berisiko yang dikenali pasti selain kawasan industri perikanan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Strategik Operasi Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan APMM Selangor, yang diikuti majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga Kapal Maritim Bagan Datuk di sini, semalam.

"Kepada sindiket ini khususnya rakyat tempatan saya ingatkan jangan cuba libatkan diri, tindakan anda dipantau rapat...sebaiknya anda jadilah mata dan telinga kami untuk sama-sama membanteras kegiatan ini demi negara," katanya. 

Sementara itu, Abdul Muhaimin berharap kerjasama erat antara APMM dan MKN dapat ditingkatkan terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku di kawasan perairan negara.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara pihak berkuasa keselamatan ini telah menyumbang kepada kejayaan APMM dalam membanteras kegiatan jenayah, antaranya mematahkan cubaan penyeludupan dadah disyaki jenis syabu bernilai RM1.32 juta, awal bulan lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil