Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Tentera Hadapi 15 Tuduhan Cabul, Cederakan Prebet Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 4:28PM

Bekas tentera berpangkat koperal Mohd Amanah Habhijullah, 36, ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  - Seorang bekas tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini terhadap 15 pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul seorang prebet tentera lelaki dan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa sama. 

Mohd Amanah Habhijulah, 36, didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap lelaki berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Kem Terendak di Sungai Udang dalam daerah Melaka Tengah antara 25 Ogos hingga 14 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Tertuduh juga didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di lokasi sama pada 15 dan 16 Oktober tahun lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan mencabul dan masing-masing RM7,000 bagi kesalahan mencederakan dengan jumlah keseluruhan RM134,000. 

Peguam S. Daniel yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan jumlah itu terlalu tinggi dan anak guamnya juga mempunyai tanggungan dan menjaga ibu bapa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman kemudiannya menetapkan jaminan keseluruhan berjumlah RM11,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia yang menetap di Melaka serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mendekati atau menghubungi mangsa dalam apa juga medium.

Mahkamah menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 11 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Sukan 16 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis