Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


CUEPACS Mahu Kerajaan Teruskan Tradisi Beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 4:13PM

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menuang bubur lambuk ke dalam bekas plastik untuk diedarkan pada Program Bubur Lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pihaknya berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas. 

"Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang purchasing power.

"Jadi bantuan khas Aidilfitri ini mampu diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara sebagaimana tradisi tahun-tahun sebelum ini," katanya.

Adnan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di sini hari ini.

Adnan seterusnya melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perak yang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 manakala Pulau Pinang turut meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada penjawat awam di kedua-dua negeri itu sempena Aidilfitri. 

" CUEPACS juga memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain supaya memberi pertimbangan yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang bagi meringankan bebanan penjawat awam," katanya.

Sementara itu Adnan berkata, CUEPACS tetap mempertahankan skim tetap dan berpencen kepada penjawat awam kecuali jika terdapat bentuk skim yang lebih baik menggantikan skim sedia ada.

"Jika nak buat penambahbaikan biarlah ia dalam konteks 'tidak kurang faedah' dari sekarang ini, maka kita mahu Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji apakah bentuk skim yang mampu mengganti skim sekarang ini tanpa mengurangkan faedahnya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 45 minit yang lalu

Diugut Bunuh, Terima 2 Butir Peluru, Teresa Kok Buat Laporan Polis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM