Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kereta Dengan 2 Kanak-Kanak Rempuh Gerai, Peniaga Melecur

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:23PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Tindakan penjaga meninggalkan dua kanak-kanak dalam kereta yang tidak dimatikan enjin membawa padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai di bazar Ramadan di Kuala Klawang, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata, insiden itu menyebabkan seorang peniaga melecur selepas terkena minyak panas berikutan kereta tersebut menggelongsor ke arah gerainya dalam kejadian pada jam 5.45 petang.

"Akibat pelanggaran, kuali yang dipenuhi minyak panas tertumpah dan terkena lelaki berusia 40 tahun itu sehingga dia melecur 25 peratus pada bahagian belakang badan, paha dan betis kaki sebelah kiri sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

"Kanak-kanak yang masing-masing berusia enam dan dua tahun itu berada dalam kenderaan tersebut tanpa pengawasan. Ibu bapa mereka dipercayai keluar untuk membeli makanan dan kita mengesyaki anak mereka mungkin bermain dengan brek tangan kereta itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak terlibat tidak mengalami kecederaan dan kes masih disiasat di bawah Peraturan 14(1)(A) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/59 (Kaedah 45) iaitu tidak mematikan enjin semasa meninggalkan kenderaan.

Justeru, Maslan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jelebu Sarjan Azani Jusoh di talian 016-9752980.

Video berdurasi 20 saat yang memaparkan insiden berkenaan tular di laman sosial sejak semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Sukan 20 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Sukan 23 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB