web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hubungan Malaysia Dengan China Baik-baik Sahaja - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:53AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pemberita. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Malaysia telah memberi jaminan kepada Jerman bahawa hubungannya dengan China adalah baik dan tidak berdepan dengan sebarang isu yang serius.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang kecil namun ia berhak menjalin hubungan dengan banyak negara bagi memastikan rakyatnya mendapat manfaat daripada kerjasama itu.

"Saya amat kagum dengan keikhlasan dan pemahaman anda termasuk mengenai apa yang berlaku di Malaysia serta rantau ini," kata beliau pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Jerman Olaf Scholz. 

Meskipun Malaysia mengakui pengaruh China yang semakin berkembang serta kesannya terhadap dinamik serantau, Anwar berkata, komitmen negara untuk mengekalkan hubungan baik dengan China dan pada masa yang sama melindungi kedaulatan serta kepentingannya sendiri juga adalah penting.

Semasa mesyuarat dua hala dengan Scholz, Anwar berkata, beliau telah memaklumkan bahawa China adalah rakan perdagangan utama Malaysia di peringkat global dan kedua-dua negara meraikan sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik tahun ini, satu pencapaian bersejarah bagi kedua-dua negara. 

Anwar juga berkata, beliau menekankan kepentingan penglibatan secara konstruktif dan dialog bagi menangani sebarang cabaran yang timbul daripada pengaruh China di rantau ini termasuk isu membabitkan Laut China Selatan.

Mengenai krisis di Ukraine, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Rusia perlu menghentikan pencerobohan di sana dan mencari penyelesaian secara aman dalam konflik itu.

“la mempunyai kesan dari segi perdagangan dan pembangunan ekonomi malah natijahnya dapat dirasai sehingga ke Asia," kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad