web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Parit Di Seri Iskandar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 9:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mayat bayi perempuan yang baru lahir ditemukan dalam parit berdekatan tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Seri Iskandar petang semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah, berkata mayat bayi yang cukup sifat itu dijumpai oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis pada 3.15 petang.

Beliau berkata, mayat bayi malang yang telah dipotong tali pusat ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan tenggelam di dalam parit. 

"Hasil pemeriksaan awal secara fizikal terhadap mayat bayi itu mendapati tiada kesan kecederaan luar dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Changkat Melintang (HCM) dan pakar perubatan forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akan melakukan bedah siasat esok (hari ini) bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad