web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedia Beri Penjelasan Kepada PAC Berhubung Laporan Audit LTAT - Khaled

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 1:21PM

Bangunan LTAT. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung rizab negatif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sekiranya dipanggil.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2022 yang membangkitkan mengenai perkara itu hanya merujuk kepada satu tabung sebaliknya LTAT mempunyai tiga tabung rizab yang berada dalam kedudukan positif pada tahun berkenaan. 

"Ada tiga tabung tetapi pihak audit merujuk kepada satu tabung...secara gabungan (tiga tabung) menunjukkan positif dan tahun ini juga positif.

“Bagi tahun 2023 juga positif kerana lebih kurang RM900 juta rizab LTAT, " katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat Rabu lepas menunjukkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022).

Sementara itu, Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini dilaporkan berkata akan memanggil LTAT untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan kewangan lembaga itu selepas sambutan Aidifitri.

Dalam perkembangan lain, tujuh pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dihantar sejak November lepas ke Korea Selatan bagi memantau perolehan pesawat pejuang ringan FA-50M. 

Mohamed Khaled berkata, latihan untuk juruterbang bagi mengendalikan pesawat tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat dan pesawat dijangka diperoleh pada hujung 2026 atau awal 2027.

"Mereka yang dihantar adalah juruterbang, jurutera dan logistik dan ini adalah proses biasa untuk kami hantar pasukan ke luar negara bagi menentukan pesawat yang dibeli dilaksanakan atau dipersiapkan dengan betul mengikut piawaian dan tempoh (yang sepatutnya)," katanya.

Pada pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa utama Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak RM4bilion untuk pemerolehan18 pesawat pejuang ringan FA-50M.

Pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperoleh TUDM merupakan varian FA-50 Block 20 yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding varian yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 buatan Korea Selatan itu, turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran