Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bot Karam: 2 Daripada 3 Mangsa Ditemukan Lebih 100 KM Dari Lokasi Kejadian

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 10:31AM

Anggota mencari dan menyelamat memeriksa mayat mangsa bot karam, Sarjan Jonathan Lambert, yang ditemui terapung berhampiran Terminal Bot Eskpres Kapit pada 4.02 petang semalam. - gambar JBPM Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Tiga daripada empat mangsa yang hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Batang Baleh, di Kapit pada Khamis lepas, ditemukan lemas semalam dengan mayat dua daripada mereka dijumpai lebih 100 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timothy Barat, berkata dua mangsa telah dikenali pasti iaitu Sarjan Jonathan Lambert, 51, dan Jack Balan, 45, manakala seorang lagi masih belum dipastikan identitinya.

"Mayat Sarjan Jonathan ditemukan terapung berhampiran Terminal Bot Eskpres Kapit pada 4.02 petang dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pistol masih lagi berada pada mayat mangsa semasa dijumpai," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. 

Beliau berkata, mayat Jack Balan pula yang pertama ditemukan oleh orang awam di perairan Pulau Kerto, Sibu, lebih 100km dari lokasi kejadian pada sekitar 11 pagi dan telah dikenal pasti oleh isteri mangsa.

Menurutnya mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Timothy berkata, mayat ketiga dijumpai oleh orang awam sekitar 11 pagi di perairan berhampiran Bintangor tetapi telah terlepas ikatan dan dihanyutkan arus sungai, sebelum ditemukan semula di Batang Lebaan kira-kira 200km dari lokasi kejadian oleh pasukan polis marin kira-kira 5 petang. 

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 6.30 petang dengan seorang lagi mangsa masih hilang.

Dalam kejadian pada 5 petang Khamis lepas, bot dinaiki lima orang termasuk dua anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit iaitu Sarjan Jonathan Lambet dan Konstabel Iskandar Ibrahim, karam selepas merempuh pusaran air berdekatan Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh.

Ketika kejadian kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kapit ke Nanga Tulie bagi mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dengan 1050rds bahan peledak, dilaporkan untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh. 

Turut berada dalam bot itu orang awam iaitu Amerson John Nain, 47, dan Jack Balan, 45, manakala seorang lagi orang awam, Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan orang ramai semasa kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN

Sukan 8 jam yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas