web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Bina Zon Penampan Di Sempadan Malaysia - Thailand Sudah Dibentang Kepada KDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 9:57AM

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Cadangan pembinaan zon penampan di sepanjang 99 kilometer sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti pemyeludupan di Kelantan sudah dibentang kepada Kementerian Dalam Negeri untuk dipertimbang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.

"Sekiranya zon penampan itu dibina di sempadan Malaysia-Thailand, berkemungkinan kegiatan penyeludupan dapat dikawal dengan baik... ini adalah yang terbaik bagi mengekang sempadan kita daripada digunakan sebagai kawasan penyeludupan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pertandingan Burung Candik dan Ayam Serama Piala Ketua Polis Kelantan di sini semalam. 

Diminta mengulas isu jeti haram di kawasan sempadan yang sudah tidak digunakan lagi, Muhamad Zaki berkata, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengadakan pertemuan serta berbincang mengenai perkara itu.

"Jeti haram ini ada yang dibina di atas tanah persendirian, jika ia dibina di tanah milik kerajaan, kita akan berbincang dengan PBT untuk mengambil kaedah terbaik bagi mengelakkan ia digunakan bagi kegiatan penyeludupan. 

"Jadi kita mengharapkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan sempadan agar tidak membina jeti bagi melakukan kegiatan menyalahi undang-undang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad