web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


15 Kes Berkaitan Cuaca Panas Setakat Ini – Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 4:41PM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dikesan berlaku di seluruh negara bermula minggu pertama tahun ini hingga semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat kes berkaitan strok haba dan 11 kes mengenai kelesuan haba.

Beliau berkata, tujuh kes dikesan masing-masing berlaku di Perak dan Kedah, manakala satu kes di Sabah melibatkan golongan pertengahan berumur 17 hingga 50 tahun.

"Daripada jumlah itu, ada juga melibatkan anggota badan beruniform kerana mereka terdedah dengan cuaca panas semasa latihan dan sebagainya.

"Namun, kesemua pesakit dikesan di peringkat awal dan 14daripada mereka telah sembuh serta dibenarkan keluar wad, manakala seorang lagi pesakit yang sebelum ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) (di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah) telah dipindahkan ke wad biasa dan keadaannya stabil," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wellnes Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini, hari ini. 

Dzulkefly berkata, bagaimanapun, kes berkaitan cuaca panas di negara ini masih terkawal dan orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi cuaca panas terutama menjelang bulan Ramadan nanti.

"Rancang aktiviti terutama di luar rumah pada bulan Ramadan ini. Elakkan (berada di luar) pada waktu puncak cuaca panas iaitu antara pukul 11 pagi hingga 4 petang.

“Pastikan pakai pakaian yang sesuai. Perlu juga diawasi golongan berisiko seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas," katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, terdapat 33 Wellness Hub diwujudkan di seluruh negara sehingga kini dalam usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat.

Wellness Hub di Terengganu yang dirasmikan hari ini katanya, telah mula beroperasi pada 24 Februari lepas dengan menyediakan 13 pakej perkhidmatan kesejahteraan kesihatan antaranya saringan faktor kesihatan, pengurusan berat badan dan perkhidmatan berhenti merokok.

"Wellness Hub Terengganu ini penting dalam menggalakkan tingkah laku sihat, mengurangkan prevalen penyakit kronik serta penyebaran penyakit berjangkit.

"Besarlah harapan saya agar agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin komuniti dan persatuan turut berganding bahu memainkan peranan  dalam memperkukuh perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara holistik kepada rakyat Terengganu," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran