web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cekal Bergelar Petani, Wanita Raih Pendapatan Lumayan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 1:54PM

Rosmarizan Mohd Bakari menunjukkan tebu telur yang ditanamnya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan terutama perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.

Sejak berzaman wanita dari negeri Che Siti Wan Kembang ini telah dikenali sebagai wanita yang gigih dan cekal dalam meneroka pelbagai jenis perniagaan termasuk penghasilan produk makanan, batik serta pelbagai produk tempatan yang lain.

Semangat yang sama turut menjadi sumber kekuatan buat seorang petani wanita Rosmarizan Mohd Bakari, 40, yang mengusahakan tanah sawah seluas 50 ekar di Pasir Puteh selain mula berjinak dalam penanaman tebu yang diusahakan berdekatan rumahnya di Ketereh.

"Saya mula terdedah kepada kerja penanaman padi sejak di usia remaja kerana selalu mengikut ayah ke bendang dan belajar mengenai selok-belok bertani.

"Selepas ayah meninggal dunia 12 tahun lepas saya mengambil keputusan untuk menyambung pekerjaan itu dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama," katanya kepada Bernama baru-baru ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini. 

Rosmarizan berkata, pada awalnya beliau kurang yakin kerana mengusahakan sawah iaitu pekerjaan yang lasak selain terpaksa berjemur di bawah terik mentari.

"Bersandarkan sedikit pengalaman, saya nekad meneruskannya dan mampu menjana pendapatan kira-kira RM100,000 semusim," katanya.

Menurutnya selain mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada arwah bapa beliau tidak pernah berhenti menimba ilmu berkaitan bidang pertanian termasuk teknologi terkini yang memudahkan kerja di sawah.

Rosmarizan Mohd Bakari mengikat perdu tebu telur yang sudah matang. - gambar BERNAMA
Rosmarizan Mohd Bakari mengikat perdu tebu telur yang sudah matang. - gambar BERNAMA

"Penggunaan dron misalnya banyak membantu memudahkan kerja-kerja menabur benih, meracun dan membaja, selain boleh menjimatkan kos mengupah pekerja yang ramai," katanya.

Berkongsi kisah jatuh bangun kerjaya yang dipilihnya itu, Rosmarizan memberitahu dia tidak pernah putus asa dalam meneruskan pekerjaan itu walaupun ada yang mempertikaikan kemampuannya.

"Ya, ada masa kita jatuh tapi saya tekad meneruskan bidang pertanian dan mengorak satu lagi langkah ke hadapan melalui tanaman tebu yang mula diusahakan sejak dua tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, bermula tahun lepas, dia mula menghasilkan air tebu sejuk beku untuk dijual kepada pelanggan tempatan iaitu sebanyak 6,000 botol sebulan yang dijual pada harga RM5 sebotol dan berjaya meraih pendapatan kira-kira RM40,000. 

"Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, saya telah beri peluang kepada 10 ejen meluaskan perniagaan ini dengan memasuki pasaran luar Kelantan iaitu ke Pulau Pinang dan Johor," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad