web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Saiful Diminta Tampil Beri Laporan Dalam Tempoh Seminggu - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:07PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada program Bicara Eksekutif Antirasuah bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ke-15 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan tempoh seminggu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya jika menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata ini kerana adalah menjadi tanggungjawab bagi mana-mana individu yang mendakwa ditawarkan rasuah untuk segera membuat laporan berlandaskan undang-undang di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009 untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak boleh umumkan sekarang apa tindakan (sebenar)yang akan dibuat (sekiranya tidak lapor), kita masih lagi menunggu laporan beliau, segala kemungkinan boleh diambil (kemungkinan memanggil ke SPRM). 

“Apabila beliau (Wan Saiful) menyebut di Parlimen iaitu dalam dewan yang mulia (Dewan Rakyat) mengenai tohmahan rasuah yang ditawar kepada beliau maka sebenarnya jadi tanggungjawab beliau sendiri untuk buat laporan di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

"Bukan masalah (kerja) kami nak cari. Beliaulah kena datang...(sebagai contoh) kalau kita ditawar rasuah, kita sendiri lah kena datang ke pejabat SPRM atau balai terdekat, takkan SPRM nak pergi jumpa dan ambil bawa ke pejabat, begitulah kaedahnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Eksekutif Antirasuah bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ke-15 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini. 

Mengenai kes menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, Azam berkata, setakat ini pihaknya belum berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk menuduh di mahkamah tanpa kehadirannya.

"la bukan pilihan utama (tuduh tanpa kehadiran), kita perlukan orang ada di sini untuk dituduh di mahkamah.

“Belum lagi peringkat sekarang tapi memang saya ada garis masa kepada pegawai...bila sampai masa, sekiranya keadaan memerlukan, perbincangan akan dibuat," katanya.

Beliau berkata, keberadaan Muhammad Adlan masih belum dapat dikesan ketika ini, bagaimanapun pihaknya turut meminta bantuan Interpol selain sedang mengusahakan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara. 

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Adlan dan peguam Mansoor Saat sedang dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian setelah dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei 2023.

Sementara itu, Azam berkata, tiada sebarang laporan diterima terdapat ADUN atau Exco di Negeri Sembilan terlibat dengan gejala rasuah setakat ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad