web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AG Peroleh Kebenaran Mulakan Prosiding Komital Terhadap Isham Jalil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 6:43PM

Isham Jalil ketika hadir di mahkamah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil kerana menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil sebagai responden.

"Mahkamah membenarkan permohonan Peguam Negara dan menetapkan 23 April untuk pengurusan kes," katanya. 

Terdahulu, Mohamad Mustaffa berhujah, kata-kata yang diucapkan oleh responden semasa temu bual pada September lepas, secara keseluruhannya mengandungi risiko sebenar yang akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.

"Dengan mempersoalkan tindakan dan keputusan Mahkamah Persekutuan serta Mahkamah Tinggi berhubung kes SRC dan 1MDB melibatkan Najib, responden telah mengaibkan badan kehakiman dan mendedahkannya kepada skandal (skandal kehakiman)," katanya.

Sementara itu, peguam Azhar Azizan dalam hujah balasnya, berkata anak guamnya berhak mendapat kebebasan bersuara dan sama ada komennya dianggap menghina boleh dipertikaikan kerana Isham tidak melakukan apa-apa penghinaan di dalam mahkamah. 

Mohamad Mustaffa dalam hujahannya berkata, kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak yang diberikan kepada semua orang tetapi komen itu perlu diamalkan dengan "adab yang munasabah dan berniat baik".

Dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 28 Disember tahun lepas, Peguam Negara turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham.

Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan 1MDB dalam satu temu bual bertajuk “Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?”.

Temu bual itu disiarkan di laman Facebook "The Malaya Post" pada 30 September tahun lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad