web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakwaan Akan Bantah Permohonan Muhyiddin Tangguh Kes Sementara Rayuannya Didengar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 3:59PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan bagi kes salah guna kedudukan berhubung Projek Jana Wibawa yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes itu sehingga rayuan difailkan bekas perdana menteri itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata ini berikutan kes salah guna kedudukan Presiden Bersatu itu bermula di Mahkamah Sesyen dan masih kekal di mahkamah itu selepas ia diperintahkan dikembalikan semula oleh Mahkamah Rayuan pada 28 Februari lepas.

"Rayuan tertinggi bagi kes di Mahkamah Sesyen adalah di Mahkamah Rayuan sahaja mengikut Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. 

"Pihak pendakwaan akan membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan prosiding kes ini sehingga rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan," katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.

Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan pihaknya telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 29Feb lepas untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.

"Kami memohon untuk menangguhkan dan akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan sementara prosiding kes salah guna kedudukan ini (yang kini sedang didengar di hadapan Azura)," katanya. 

Azura kemudian menetapkan tarikh 3 April ini bagi sebutan kes untuk mengetahui perkembangan rayuan berkenaan.

Pada 28 Februari lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan pendakwa raya selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan berkenaan pada 15 Ogos 2023.

Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd,Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan. 

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad