web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Termasuk Pemandu Cedera Parah, Bas Ekspress Terbabas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:15AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pemandu bas dan seorang penumpang cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, Manjung, kira-kira 62 kilometer dari sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bas ekspres dalam perjalanan dari Lumut ke Ipoh itu terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

Nahas tersebut membabitkan 22 mangsa iaitu pemandu bas berusia 41 tahun, 20 penumpang berusia antara 17 hingga 63 tahun dan pemandu Toyota Hilux berusia 63 tahun.

Katanya, seorang penumpang bas dan pemandu bas cedera parah, manakala 19 penumpang dan pemandu kereta Toyota Hilux hanya cedera ringan.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5.38 petang.

"Tiada mangsa yang tersepit, bagaimanapun terdapat dua mangsa iaitu pemandu lelaki bas ekspres dan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini.

-Menurut Sabarodzi, anggota bomba turut memberi perawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah dengan dibantu pegawai perubatan.

"Pemandu Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan dan kedua-dua mangsa yang parah kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Manjung dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

"Semua mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.17 malam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang juga dari Lumut menuju ke Ipoh menukar lorong secara melulu.

"Kenderaan Toyota Hilux berada di lorong kanan sebelum mengubah haluan ke kiri secara tiba-tiba untuk ke lorong kiri (ke arah laluan bas ekspres).

"Tindakan itu menyebabkan pemandu bas ekspres tidak sempat menekan brek lalu gagal mengawal kenderaan dan kemudian terbabas," katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tu Lah, Bawak Laju Lagi, Kan Dah Terbang...

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lori Bawa Muatan Gula Masuk Gaung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad