web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDN Perkemas Mekanisme Tangani Isu Ketirisan Barang Kawalan Di Sempadan – Armizan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 9:02PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ketika lawatan kerja rasmi di Pulau Sebatik di sini hari ini. - gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang memperkemaskan mekanisme menangani ketirisan dan penyeludupan barang kawalan ke negara jiran dengan memberi kepada tumpuan kawasan berisiko tinggi yang terlibat program penyeragaman harga dan terletak berhampiran sempadan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata mekanisme yang dijalankan secara pengurusan mikro itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan Pulau Sebatik boleh menjadi perintisnya kerana ia adalah kawasan yang bersempadan dengan negara jiran dan boleh diperluaskan ke kawasan lain berisiko sama, kemudian.

"Kita ada data jumlah keperluan, kita mahu dapatkan senarai isi rumah dan isi rumah ini nama mereka akan diletakkan di pusat jualan, itu jadi sekurang-kurangnya apabila mereka mengambil barang, pengguna juga tahu mereka ada had mereka boleh mendapatkan bekalan itu, jadi KPDN boleh semak rekod.

“Data isi rumah, KPDN harap kerjasama pemimpin setempat, wakil rakyat boleh membantu, agar diletakkan senarai nama ketua isi rumah jadi mereka (pusat jualan) boleh kenal pasti bagi kekang ketirisan penyeludupan," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja rasmi di Pulau Sebatik di sini hari ini. 

Menerusi program penyeragaman harga, beliau berkata, kerajaan membelanjakan RM1.6 juta setahun menghantar barang kawalan iaitu diesel, petrol RON95, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, beras putih, gula putih bertapis kasar dan tepung gandum ke Zon Sebatik yang diharap dapat memanfaatkan penduduk.

Sementara itu, Armizan berkata, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan KPDN pada tahun ini termasuk rujukan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk mendapatkan anggaran keperluan isi rumah di sesebuah kawasan untuk menentukan jumlah kuantiti bekalan.

"Pada masa yang sama, sistem pelaporan pengedaran dan penjualan perlu diperkukuhkan untuk memastikan bekalan sampai dan dimanfaati golongan sasar.

Mekanisme yang lebih teliti wajar dipertimbangkan untuk kawasan berisiko ketirisan seperti Pulau Sebatik yang merupakan kawasan sempadan, ini termasuk mendapatkan kerjasama organisasi pentadbiran setempat," katanya. 

Pada tahun lalu, menurutnya, KPDN melaksanakan penambahbaikan bagi menangani ketirisan barang kawalan ke negara jiran dengan pelaksanaan proses tender perolehan dibuat secara terbuka berbanding proses pelantikan secara rundingan terus yang diguna pakai sebelum ini.

"Kita harap penambahbaikan ini dapat mengekang ketirisan penyeludupan kerana jumlah subsidi seluruh negara yang kerajaan tanggung tahun lalu untuk diesel sebanyak RM14 billion dan petrol RM20 bilion, jumlah ini boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur yang baik terutama untuk Sabah dan Sarawak," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran