web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MH370: MOH Akan Berusaha Dapatkan Kelulusan Kabinet Teruskan Pencarian – Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 8:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan akan melakukan segala yang mungkin bagi mendapatkan kelulusan Kabinet menandatangai kontrak baharu dengan Ocean Infinity, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines MH730 yang hilang 10 tahun lalu.

Menterinya Anthony Loke, berkata kementeriannya itu, akan mengambil tindakan berhubung perkara itu secepat mungkin.

"Saya gembira kerana terdapat sedikit kemajuan dalam beberapa penyelidikan dan teknologi baharu yang telah dibentangkan (kepada kami), dan kami amat berharap pencarian itu akan dapat menemui pesawat itu, serta memberikan perkara sebenar kepada waris terdekat.

"Sekali lagi, kami bersama-sama anda (keluarga mangsa tragedi MH370). Kami akan terus menyokong dan berdiri dalam solidariti dengan semua waris," katanya semasa berucap pada program MH370: 10 Years Gone yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Loke berkata, beliau juga telah mengarahkan kementeriannya untuk menjemput Ocean Infinity ke Malaysia, dan memberikan taklimat kepadanya tentang cadangan no cure, no fee, mereka.

"Kami kini sedang menunggu mereka untuk memberikan tarikh yang sesuai dan saya berharap dapat bertemu dengan mereka tidak lama lagi. Kerajaan Malaysia tetap dengan azam dalam pencarian MH370. 

"Saya berharap keluarga dan rakan mangsa terus tabah. Kami amat bersimpati dan akan sentiasa berada dalam doa kami. Lebih penting lagi, kami akan menyokong anda," katanya.

Jumaat ini (8 Mac) genap satu dekad sejak tragedi pesawat itu yang hilang tanpa jejak, menyebabkan banyak persoalan tidak terjawab dan ahli keluarga penumpang berada dalam ketidakpastian.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Loke menjelaskan kontrak atau cadangan baharu Ocean Infinity mengenai pencarian pesawat itu, perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan daripada Kabinet kerana ia melibatkan implikasi kewangan, walaupun ia berdasarkan kepada 'no cure, no fee'.

"Kontrak sebelum ini telah ditamatkan, pencarian itu pada 2017 dan berakhir pada 2018. Sekarang ini cadangan baharu oleh Ocean Infinity, kami mulakan dengan cadangan ini berdasarkan dasar no find, no fee. 

"Kami menjangka katakan, bermula pada bulan Jun dengan Ocean Infinity dan kami berharap pesawat itu ditemui dan apabila ia (Ocean Infinity) menemuinya, terdapat implikasi kewangan kepada Malaysia," kata Loke, sambil menambah bahawa beliau yakin bahawa Kabinet akan meluluskan cadangan tersebut.

Ditanya sama ada Malaysia sudah berbincang dengan kerajaan Australia mengenai perkara ini, beliau berkata, Malaysia akan berhubung dengan negara itu selepas Ocean Infinity memuktamadkan cadangannya.

"Buat masa ini, kami masih belum berhubung dengan kerajaan Australia, tetapi apabila Ocean Infinity telah memuktamadkan cadangan mereka, sudah pasti kami perlu berhubung dengan kerajaan Australia untuk mendapatkan kerjasama mereka agar pencarian dimulakan segera," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad