web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Norway Berangkat Pulang Dari Langkawi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 5:33PM

Kenderaan dipercayai membawa Raja Norway Raja Harald V diiringi keluar dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) menujur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Raja Norway Raja Harald V berangkat pulang dengan pesawat Scandinavian Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 1.03 tengah hari tadi.

Sebelum itu, kenderaan membawa Raja Harald V yang diiringi polis dan rombongan pengiring baginda keluar dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) menuju ke LTAL pada 12.25 tengah hari.

Pesawat Scandinavian Airlines yang berlepas dari Lapangan Terbang Oslo mendarat di LTAL Jumaat lepas, lengkap dengan kemudahan perubatan.

Raja Harald V akan menerima rawatan lanjut di Rikshospitalet sebaik berangkat tiba di Norway, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerabat diraja Norway dalam laman sesawang www.royalcourt.no.

Menurut kenyataan itu baginda akan bercuti selama dua minggu dan dalam tempoh itu Putera Mahkota akan menjalankan tugas sebagai pemangku raja.

Pada Sabtu, Raja Harald V berjaya menjalani prosedur implan perentak jantung di HSM berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda, Bjorn Bendz. 

Bendz dilapor berkata, implan perentak jantung itu membolehkan baginda melakukan perjalanan pulang dengan lebih selamat.

Bernama pada 28 Februari lepas melaporkan Raja Harald V menerima rawatan di HSM selepas jatuh sakit ketika bercuti di Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar