web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Letupan Bom Di Rameshwaram Cafe Bengaluru India

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 8:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada laporan mengenairyakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India, pada Jumaat (1 Mac).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai memaklumkan pihaknya kini mengikuti laporan berkaitan insiden letupan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan individu cedera, termasuk tiga kakitangan kafe dan seorang pelanggan.

"Berikutan itu, semua rakyat Malaysia di Bengaluru digesa sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi amaran perjalanan dari pihak berkuasa tempatan dan mengelakkan tempat-tempat sesak kerana siasatan berkaitan insiden masih diteruskan," menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di alamat: KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI CHENNAI, No.7(Old No. 3) 1st Street, Cenotaph Road Teynampet, Chennai 600 018 Tamil Nadu atau melalui telefon (0091 44 24334434/35/36) dan e-mel [email protected].

Menurut laporan media antarabangsa, letupan yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri itu, berlaku sejurus selepas 1 tengah hari (07:30 GMT) pada Jumaat ketika orang ramai dari pejabat berdekatan beratur untuk menjamu selera. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad