web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2,000 Beg Darah Diperlukan Setiap Hari Untuk Pastikan Bekalan Cukup – Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 4:43PM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyantuni penderma darah di Suite Derma Darah SJAM. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Negara masih memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah secara purata setiap hari untuk memastikan stok bekalan darah mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehubungan itu, kementeriannya akan memperhebat usaha mempromosikan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) dan St John Ambulans Malaysia (SJAM).

"Walaupun kita mempunyai lebihan bekalan darah, kita tidak mahu selesa, (kerana) kita tahu mungkin dalam situasi atau keadaan tertentu bekalan darah yang lebih akan diperlukan, jadi kita sentiasa membantu kempen derma darah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Suite Derma Darah SJAM yang pertama di pusat beli-belah 1Utama di sini hari ini.

Mengulas tentang aktiviti menderma darah pada Ramadan, Dzulkefly berkata walaupun kebiasaannya menyaksikan penurunan angka penderma darah, perkara itu tidak akan mengendalakan operasi perolehan darah secara keseluruhan.

"Aktiviti derma darah merentasi kaum dan agama, lagipun tidak ada masalah dari sudut hukum agama untuk menderma darah (ketika berpuasa), paling penting seseorang itu sihat, itu syarat utama," katanya. 

Sementara itu, Ketua Seksyen Pengurusan Penderma Bahagian Perolehan Darah PDN Dr D Thane Moze menyeru anak-anak muda dari usia 17 tahun untuk tampil menderma darah.

Beliau berkata, ini kerana generasi usia pertengahan hingga ke usia emas kebanyakannya mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan mereka tidak lagi sesuai untuk menderma darah.

"Kriteria kelayakan penderma darah sedikit ketat bagi memastikan penderma dan penerima selamat.

“Kami ingin menggalakkan lebih ramai golongan muda dari usia 17 tahun tampil menderma, mereka boleh datang bersama ibu bapa atau penjaga mereka," katanya. – BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran