web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Jamek Pengkalan Hulu Laksana Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Masjid Jamek Pengkalan Hulu muncul sebagai masjid pertama di Perak yang melaksanakan larangan penggunaan plastik sekali guna.

Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow, berkata ketetapan itu dibuat susulan program kesedaran khas yang dilaksana oleh Ahli Jawatankuasa Masjid bersama CAP berhubung kesan negatif penggunaan bahan berkenaan.

"Baru-baru ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpesan agar tidak menggunakan plastik sekali guna dan melarang masyarakat terutama pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol serta bungkusan plastik.

"Ini kerana plastik bukan sahaja tidak terbiodegradasi malah perlahan-lahan bertukar menjadi mikroplastik.

“Bukan sahaja ia mendatangkan bahaya kepada hidupan marin, plastik mikro ini turut membebaskan bahan kimia toksik yang akhirnya berpindah ke atmosfera, hidupan, tumbuhan dan tisu haiwan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, 50 individu yang terdiri daripada jawatankuasa kariah masjid, masyarakat setempat dan penjawat awam telah menghadiri program kesedaran itu di Masjid Jamek Pengkalan Hulu.

Subbarow berkata, antara barangan plastik sekali guna yang seringkali digunakan oleh masyarakat adalah seperti straw, kutleri, beg dan botol air. 

"Sebagai contoh, jangan gunakan beg membeli-belah yang diperbuat daripada plastik sebaliknya gunakan beg kain atau beg kertas.

"Selain itu, bawa kelalang teh atau kopi sendiri ke tempat kerja atau beli minuman di kedai yang menyediakan cawan pakai buang boleh guna semula," katanya.

Beliau berkata, perkara itu seharusnya diperluas ke semua peringkat agar memberi kesedaran sekali gus mewujudkan satu budaya atau gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad