web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PERKESO, Kementerian Sumber Manusia Diberi Tempoh Sebulan Sedia Modul 'Upskilling' Baharu – Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kementerian Sumber Manusia diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan peningkatan kemahiran yang baharu bagi melahirkan pekerja lebih berkompetensi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peningkatan kemahiran membolehkan negara bersaing dalam pasaran pekerjaan yang lebih sofistikated khususnya bidang yang mempunyai permintaan tinggi oleh pemain industri.

Beliau berkata, perubahan teknologi yang pesat pada masa kini menuntut jabatan itu melakukan anjakan paradigma dan tidak lagi terikat dengan sebarang kaedah lama yang dianggap lapuk serta penuh dengan karenah birokrasi.

"Itulah tujuan saya hadir pada hari ini iaitu bagi memperkukuh keterangkuman, memastikan kita beralih dengan anjakan baharu dan tidak terikat melainkan dengan sistem atau pendekatan yang baik dan perlu dipertahankan.

"Untuk itu, saya bagi tempoh satu bulan kepada Perkeso dan kementerian bagi kemukakan cadangan bagaimana kita boleh adakan kejutan baharu dalam bentuk program, latihan upskilling yang jauh lebih hebat dari apa yang kita lakukan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Kementerian Sumber Manusia MADANI MyFutureJobs OKU dan TVET serta Pelancaran Inisiatif Skim Sokongan Pekerjaan 2024 di sini hari ini. 

Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Mengulas lebih lanjut, Anwar berkata, selepas tempoh sebulan, cadangan itu harus dibawa oleh menteri sumber manusia ke Mesyuarat Kabinet untuk diteliti Jemaah Menteri sebelum keputusan lanjut dibuat.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin Perkeso dan Kementerian Sumber Manusia tidak melihat permintaan itu sebagai bebanan, sebaliknya sebagai kesempatan luar biasa dari sudut kesediaan memikul amanah dan kepercayaan besar untuk membawa perubahan yang mendesak dan kritikal bagi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perubahan teknologi yang pesat adalah satu cabaran yang sukar ditangani sekiranya negara masih terperangkap dengan kaedah latihan yang lama untuk golongan pekerja.

Perdana Menteri berkata, dalam konteks itu, Perkeso perlu melakukan perubahan menyeluruh dalam merangka modul peningkatan kemahiran dengan memperkenal instrumen baharu walaupun terpaksa merombak sistem latihan pendidikan kemahiran sedia ada.

Anwar berkata, kerajaan MADANI juga mahu memastikan semua golongan pekerja diberi peluang dan ruang untuk meningkatkan tahap kemahiran serta taraf kehidupan tanpa mengira latar belakang individu berkenaan sama ada mereka dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) atau sebaliknya. 

Katanya, beliau yakin Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso berupaya melatih setiap individu dengan sebarang bentuk kemahiran, dan kerajaan sedia melakukan perubahan kepada sistem sedia ada asalkan peluang dapat diberikan sama rata kepada golongan itu.

"Saya beri jaminan selagi saya diberi amanah (untuk mentadbir), saya pastikan kita rombak, asalkan ia boleh mencapai kemajuan yang diharapkan kerana Malaysia berhak terangkat semula sebagai negara maju dan terhebat di dunia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad