web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penelitian Semula Skim Perubatan MADANI Tidak Hadkan Akses Penjagaan Perubatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 4:36PM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penelitian semula Skim Perubatan MADANI bukan bertujuan mengehadkan akses pesakit kepada penjagaan perubatan tetapi bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampanan projek berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata walaupun kecekapan penjagaan kesihatan di kemudahan Kementerian Kesihatan (KKM) meningkat dengan ketara, penambahbaikan skim itu dianggap perlu untuk mencapai keberkesanan kos.

Program yang dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) dilancarkan sebagai projek perintis pada 15 Jun tahun lepas, bertujuan mengurangkan kesesakan di hospital terutama di Zon Hijau Jabatan Kecemasan hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).

"Adalah penting untuk tidak mengabaikan pelbagai inisiatif dilaksanakan KKM sepanjang tempoh pelaksanaan SPM. Kebanyakan Klinik Kesihatan (KK) di seluruh Malaysia telah meningkatkan kapasiti perkhidmatan waktu tambahan sedia ada, beroperasi sehingga 9.30 malam pada hari biasa dan bermula 9 pagi hingga 1 petang pada Sabtu. 

"Enam KK yang terpilih turut menyediakan perkhidmatan setengah hari tambahan pada Ahad dan cuti umum berdasarkan projek Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), pada masa sama KKM telah menambah baik perkhidmatan Jabatan Kecemasan hospital dengan memobilisasikan kakitangan perubatan secara strategik untuk memantapkan tenaga kerja di jabatan berkenaan," katanya.

Semalam, Dzulkefly berkata, keputusan untuk memfokuskan semula Skim Perbatan MADANI kepada hanya 10 daerah seperti dalam fasa pertama skim itu bermula 26 Februari, selepas mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan semasa kerajaan.

ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) dalam kenyataan pada 27 Februari lepas memaklumkan 10 daerah itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor); Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak); kawasan Timur Laut Pulau Pinang; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak). 

Dzulkefly berkata, pemilihan daerah untuk pelaksanaan skim itu juga akan mencerminkan pengagihan sumber yang adil, tanpa meminggirkan negeri-negeri separa bandar termasuk di Pantai Timur, Utara dan Timur Malaysia.

"Pesakit-pesakit dengan penyakit ringan di luar daerah terpilih masih boleh mendapatkan rawatan di KK dan Zon Hijau hospital, dengan masa menunggu yang panjang biasanya tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan ikhlas KKM kepada semua pengamal am atas penyertaan aktif mereka dalam Skim Perubatan MADANI.

"Sejajar dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan (HWP), KKM komited untuk memperkukuhkan kerjasama awam-swasta dalam pelbagai aspek," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar