web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penenun Dari Sarawak Tidak Sangka Dapat Ke Barcelona Dengan Songket Tenunannya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:57PM

Penenun dari Sarawak, Ramtiniwaiti Ramlee. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA - Ramtiniwaiti Ramlee, 38, tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari nanti kain songket yang ditenun beliau dari kampung halamannya di Gedong, sebuah bandar kecil di Sarawak, boleh membawanya mengembara ke seluruh dunia.

Beliau yang mula membuat fabrik tenunan tangan tradisional Malaysia pada usia 20-an, kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk mewakili negara dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), inisiatif yang membantu membentuk perniagaan songketnya begitu maju sehingga kini.

Usahawan Nadi yang memenangi anugerah itu berkata, beliau terkejut, namun bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia, dan menganggap ia benar-benar amat bermakna dalam dunia beliau dan songketnya.

"Sebelum ini saya dapat anugerah usahawan Nadi terbaik Sarawak, lepas itu saya dijemput mengikuti program di sini. Saya rasa amat terharu dan berterima kasih kepada Nadi di bawah MCMC kerana memberi peluang mengembangkan lagi produk saya di Barcelona, membantu usahawan macam saya," katanya.

Beliau ditemui Bernama di gerai Nadi di Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) di sini. 

Songket yang digelar 'Ratu Kain' dalam tenunan Melayu itu ditenun menggunakan 'kek', yakni alat tenun lantai dua pedal tradisional.

Produk akhir adalah fabrik halus hasil daripada tenunan mahir selama berbulan-bulan oleh pakar.

Fabrik tenunan tradisional itu juga disenaraikan di bawah Senarai Warisan Budaya Tak Ketara bagi Kemanusiaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa   Bersatu (UNESCO), pengiktirafan tertinggi di dunia untuk warisan budaya tidak ketara.

Mengimbas kembali zaman awal tenunannya, Ramtiniwaiti berkata, perniagaannya bermula dengan hanya sekumpulan kecil rakan dan komuniti di sekitar rumahnya.

Ketika itulah beliau bertemu dengan Nadi, dan perniagaannya mulai berkembang, dan terus berkembang dengan dengan lebih luas.

"Saya belajar pembuatan songket dari tahun 2006, kemudian saya cari pengalaman mengenai kemahiran tenunan.Bermula sekitar tahun 2014 baru saya mula buat sendiri (jual).

"Selepas saya 'berkenalan' dengan Nadi kira-kira tahun 2018, saya mula aktif secara besar-besaran, dan dari 2019 kami mula berjumpa lebih kerap, berbincang bagaimana nak tahu pasaran, dan saya ikut beberapa latihan yang dibuat Nadi masa itu," katanya. 

Sebelum berjumpa dengan Nadi, Ramtiniwaiti yang memiliki Seri Gedong Songket menjual produk-produknya di Gedong, Serian dan Kuching, dengan pendapatan bulanan bawah RM8,000 disebabkan pasaran yang terhad.

"Bagaimanapun, selepas kenal dengan Nadi saya mula nampak kita dapat buat banyak lagi produk. Sekarang ini saya boleh jana hampir RM20,000 sebulan untuk jualan.

"Sekarang saya dah ada pekerja sendiri seramai 15 orang, dan saya juga bantu komuniti untuk ambil  upah dalam pembuatan songket," katanya dan menambah jualannya kini bukan hanya telah sampai ke Semenanjung Malaysia, tapi juga hingga ke luar negara termasuk Singapura, London dan Kanada.

Dalam menyampaikan penghargaan kepada Nadi dan MCMC, beliau menyuarakan harapan agar kehadirannya di MWC 2024 dapat membantu memberitahu kepda dunia, bagaimana Malaysia telah membantu usahawan seperti beliau menerusi program seperti Nadi.

"Di masa hadapan.. saya juga berharap agar dapat pasarkan produk saya ke seluruh negara dan juga setiap negara," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad