web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Nafi Ada Hubungi Wan Saiful

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:37PM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menafikan pegawainya ada menghubungi Datuk Wan Saiful Wan Jan semalam berhubung pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepada beliau jika menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azam berkata. beliau telah menyemak perkara itu dengan pegawainya namun didapati tidak ada yang berbuat demikian.

"Boleh jadi orang lain yang hubungi beliau, saya tidak tahu tapi apa yang lebih penting, lebih baik beliau datang ke SPRM atau ke mana-mana balai polis terdekat untuk membuat laporan.

"Ini kerana apabila seseorang itu ditawarkan suapan atau rasuah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuat laporan berlandaskan undang-undang di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009... kami nak tahu juga apa butir-butir lanjut yang disebut dalam perbualan telefon itu," katanya kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa siasatan telus akan dijalankan selagi kes itu di bawah bidang kuasa SPRM.

Terdahulu, pada sidang kemuncak itu, Perdana Menteri menegaskan mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah dan beliau telah mengarahkan SPRM untuk mengambil tindakan terhadap Jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

Semalam, Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mendedahkan bahawa beliau diarahkan untuk menghubungi pihak SPRM selepas menerima mesej daripada pegawai agensi antirasuah itu berikutan pendedahan mengenai ajakan menyokong Perdana Menteri.

Mengenai kes menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang berdepan pertuduhan kes pecah amanah jenayah namun sehingga kini belum dapat dikesan, Azam berkata, SPRM belum memutuskan untuk mendakwa beliau tanpa kehadirannya di mahkamah.

"Tuduhan tanpa kehadiran memang boleh dibuat tapi itu pilihan terakhir kerana kami sudah keluarkan waran tangkap dan percaya dia masih boleh balik ke Malaysia," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Adlan dan peguam Mansoor Saat sedang dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran,pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian setelah dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei 2023. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar